Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.

(al-Baqarah 2: 233)

Monday

CEKUR MANIS PERBANYAKKAN SUSU


gambar dari google

Pokok cekur manis atau nama saintifiknya Sauropus androgynus merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Terdapat bahagian pokok cekur manis yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Daun cekur manis sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan. Ia juga dikenali sebagai mani cai bahasa Cina, dan bahasa Vietnam sebagai rau ngót.

Pokok cekur terdiri daripada beberapa batang menegak yang mampu mencecah ketinggian 2.5 m dan mempunyai daun bujur gelap sepanjang 5–6 cm.

Ia merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkena kerana banyak didapati dan sedap. Pusuknya juga dimakan sebagai sayuran. DI Vietnam, ia dimasak sebaai sup bersama ketam, atau udang kering.

Cekur manis merupakan salah satu daripada beberapa tumbuhan yang memiliki vitamin K.

0 KOMEN:

 
design by suckmylolly.com