Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.

(al-Baqarah 2: 233)

Sunday

PASTIKAN ANDA MAKAN SECARA BETUL

Penghasilan susu boleh terjejas disebabkan pengambilan makanan. Pastikan anda makan secara betul dengan:

  • Makanan secara seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
  • Banyakkan minum air sepanjang hari.
  • Ambil makanan tambahan (suplemen) hanya jika dinasihatkan oleh doktor.
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
  • Hadkan pengambilan teh dan kopi. Ia boleh menyebabkan bayi anda menjadi terlalu aktif. Minum secawan atau dua masih diterima tetapi pastikan ia tidak melebihi enam cawan sehari.
  • Terus menyusu walaupun anda tidak sihat. Ini mengelakkan saluran susu daripada tersumbat, mastitis (jangkitan payudara) dan bengkak yang bernanah
  • Jangan ambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
  • Jangan merokok atau mendedahkan diri dan bayi dengan asap rokok. Ini boleh menjejaskan penghasilan susu.
  • Jika anda atau keluarga anda pernah mengalami asma atau alergi kulit dan hidung, cuba elakkan susu and produk susu. Ia mungkin mengakitbatkan ruam alergi pada bayi anda. 

0 KOMEN:

 
design by suckmylolly.com