Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.

(al-Baqarah 2: 233)

Monday

SENGKUANG CINA

gambar dari google

Sengkuang cina, sangat berkhasiat dalam mengubati pelbagai penyakit. Mengikut pengalaman mummy ila, sengkuang cina dapat membantu meningkatkan hasil pengeluaran susu dengan baik. Bagi mereka yang mengalami masalah susu merundum , boleh la amalkan memakan sengkuang cina ni setiap hari. Pelbagai masakan boleh dibuat seperti kerepek, sayur, sup dan cicah dgn kuah rojak. :)

Penawar Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.



0 KOMEN:

 
design by suckmylolly.com