Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.

(al-Baqarah 2: 233)

Friday

BISMILLAH PEMBUKA KATA

Alhamdulillah, hari ni mummy ila terbuka hati nak membuka laman blog khusus tentang penyusuan susu ibu. Sebelum ni, mummy ila hanya berkongsi ilmu & pendapat di blog AM mummy ila di http://mummy-ila.blogspot.com sahaja.

Rasanya ada baiknya mummy ila membuat 1 laman yang memudahkan ibu-ibu, bapa-bapa atau bakal ibu atau sesiapa saja yang ingin mengetahui lebih banyak berkenaan PENYUSUAN SUSU IBU & KEBAIKANNYA KEPADA ANAK-ANAK KITA.
Terlebih dahulu mummy ila memohon seribu kemaafan sekiranya ada kekurangan atau terlebih atau tersalah dalam penulisan blog ini. Ini semua berkaitan dengan pengalaman sendiri,pengalaman rakan-rakan, dari kursus-kursus formal anjuran HOSPITAL RAKAN BAYI dan juga dari bahan bacaan di buku mahupun di sesawang internet serta pengalaman seketika mengelola kaunseling di kaunter pertanyaan penyusuan di expo ibu & anak satu ketika dahulu.

Sudah lebih setahun, mummy ila tidak berkecimpung dalam pencarian ilmu di kursus-kursus mahupun kempen penyusuan atas dasar kesibukan kerja & juga masa. Namun begitu, mummy ila tidak berdiam diri sahaja. Mummy ila mendekatkan diri dengan pencarian ilmu yang lebih mendalam dari segi bacaan & menonton video-video penyusuan dari luar negara. 

Mummy ila berpendapat, ilmu tentang penyusuan ini perlu diperkembangkan dan dikongsi kepada mereka yang memerlukan agar kesedaran kebaikan susu ibu ini dapat diterima & difahami oleh masyarakat khususnya ibu-ibu di Malaysia.


Sekian.. SELAMAT DATANG KE BLOG INI DAN INSYAALLAH SEGALA ILMU YANG ADA AKAN MUMMY ILA KONGSIKAN BERSAMA...TERIMA KASIH ..

 
design by suckmylolly.com