SPECTRA 3
SPECTRA 2
4 tahun lalu, aku mengenali ilmu penyusuan susu ibu secara mendalam sewaktu aku mengandungkan izz. Sewaktu itu aku membuat pemeriksaan kehamilan di Pusrawi, Jln Tun Razak. KL. Aku menghadiri kelas ante-natal dan dari situ aku mempelajari ilmu penyusuan dari pakar O&G, nurse terlatih. Kesedaran disitu menguatkan lagi niat & semangat aku untuk memulakan penyusuan kepada anak yang bakal lahir. Kebetulan pula aku memang sedar kebaikan susu ibu kerana aku sendiri anak hasil penyusuan susu ibu sempurna melebihi 3 tahun. Bukanlah aku nak katakan aku pandai tapi ada kecerdikan dan kecekapan otak aku ni berlainan dari adik beradik yang lain. hehehe.. Dari segi kesihatan, sepanjang usia sebelum meningkat 20-an, aku memang jarang mengidap masalah kesihatan yang teruk malah demam juga jarang. Mungkin disebabkan imune yang kuat hasil susu ibu mak aku dulu.
Selepas bersalin, aku bertuah kerana hari pertama susah ada susu yang banyak. Kebetulan izz mengidap jaundis, nurse di situ menyarankan aku bf sepenuhnya. Disebabkan aku ni mempunyai susu yang terlalu banyak sehinggakan terpaksa di pam, stok susu dah dibuat sewaktu di hospital.
Apa yang aku selalu amalkan ketika mengandung, aku pastikan meminum susu secukupnya, air masak, sayuran yang mengalakkan penghasilan susu spt bayam, sawi, carrot,kurma, soya & tempe sebagai menu wajib harianku. Maybe disebabkan amalan tersebut, susu aku terhasil dengan begitu banyak selepas melahirkan.
Semasa di ward Pusrawi itulah, aku di ajar mengendalikan breast pump. Di pusrawi ,mereka menggunakan pam jenama SPECTRA. Pada mulanya kekok, tapi berkali-kali mengepam, aku menjadi selesa. Tambahan pula semangat aku berkobar-kobar bila melihat rakan ibu dan staff nurse yang juga mengepam dengan hasil yang sangat mengagumkan. Aku jatuh cinta pada BREST PUMP SPECTRA. Jadi setelah pulang ke rumah, aku membeli spectra 3 untuk kegunaan semasa pantang. Senang sekali.. setelah 4 hari mengepam. Hasil susu semakin bertambah sehingga menjangkau 4-5oz. Alhamdulillah rezeki anak ku. Aku terus menggunakan spectra 3 sehingga bermula masa untuk kembali bekerja. Lebih 100 lebih beg stok ebm aku terhasil atas bantuan spectra 3.
Setelah bekerja, aku mengambil keputusan membeli Spectra 2 tapi 2nd hand dari ibu yang menjual di laman susu ibu. Aku menggunakan spectra 2 di ofis dan spectra 3 di rumah. Spectra ni memang bagus dari segi suction dan tidak bising. Sedutan yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian badan dan ia menghasilkan susu yang banyak kerana sedutan itu meransang sel-sel breast untuk meningkatkan penghasilan susu. Permulaan membeli spectra ni mmg agak mahal, dengan harga RM368 ketika itu..amat la berbaloi kerana pam ni dapat bertahan sehingga kini dan penggunaan yang heavy melebihi 5kali sehari. Sekali mengepam memakan masa 30minit ke 1jam tanpa henti.
Aksesori pula mudah didapati dan pusat servis juga ada di subang jaya.
Kalau ditanya pam apa yang sesuai & berbaloi?.. saya akan katakan belilah SPECTRA.
Sejarah tertinggi dan terakhir hasil susu di pam setelah izz menjangkau 2 tahun 3 bulan menjangkau 15-20oz sekali pam kurang sejam. :)
0 KOMEN:
Post a Comment