Penghasilan susu boleh terjejas disebabkan pengambilan makanan. Pastikan anda makan secara betul dengan:
- Makanan secara seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
- Banyakkan minum air sepanjang hari.
- Ambil makanan tambahan (suplemen) hanya jika dinasihatkan oleh doktor.
- Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
- Hadkan pengambilan teh dan kopi. Ia boleh menyebabkan bayi anda menjadi terlalu aktif. Minum secawan atau dua masih diterima tetapi pastikan ia tidak melebihi enam cawan sehari.
- Terus menyusu walaupun anda tidak sihat. Ini mengelakkan saluran susu daripada tersumbat, mastitis (jangkitan payudara) dan bengkak yang bernanah
- Jangan ambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
- Jangan merokok atau mendedahkan diri dan bayi dengan asap rokok. Ini boleh menjejaskan penghasilan susu.
- Jika anda atau keluarga anda pernah mengalami asma atau alergi kulit dan hidung, cuba elakkan susu and produk susu. Ia mungkin mengakitbatkan ruam alergi pada bayi anda.
0 KOMEN:
Post a Comment