Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.
Puting yang tenggelam sedikit boleh ditarik keluar perlahan-lahan sekali atau dua kali sehari.
Adalah tidak digalakkan penggunaan sabun ke atas puting kerana ini mengeringkan minyak asli yang keluar semasa mengandung.
Jika ibu kehendaki, kolustrum yang terdapat dalam buah dada semasa mengandung bolehlah perlahan-lahan 4 minggu yang akhir sebelum bersalin. Pegang buah dada dalam tangan yang meletakkan ibu jari di atas dan jari telunjuk di bawah buah dada di tepi kawasan aereola. Picit ibu jari dan jari telunjuk bersama. Ulangi beberapa kali.
Anak baju mestilah dipakai untuk menahan buah dada supaya buah dara tidak mudah kendur atau jatuh.
0 KOMEN:
Post a Comment