Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok Antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica.
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
- Pokok Pegaga Daun Lebar,
- Pokok Pegaga Kelantan,
- Pokok Pegaga Renek
- Pokok Pegaga Salad
- Pokok Pegaga Gajah
- Pokok Pegaga Brunei
Pegaga sebagaimana tumbuhan herba hijau yang lain kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protin, gentian, zat besi, vitamin A dan C.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam.
0 KOMEN:
Post a Comment