Penyusuan ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Puting susu bolehlah dibersihkah dengan air panas atau sabun. Buah dada juga elok diurut menghala ke arah puting. Segala kekotoran pada puting buah dada perlu dibersihkan kerana ini boleh menyebabkan aliran susu tersumbat. Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi.
Buah- buahan adalah makanan yang lengkap untuk mendapatkan segala nutrien yang diperlukan. Ibu wajib mengamalkan pengambilan buah-buahan sebagai sumber serat & mineral bagi penghasilan susu yang sempurna.
0 KOMEN:
Post a Comment