Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.

(al-Baqarah 2: 233)
Showing posts with label Persediaan penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Persediaan penyusuan. Show all posts

Monday

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SUSU IBU?

Susu ibu diketahui keistimewaan dan kelebihannya. Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak. Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Singkir mekoniumDi dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

Mudah dihadamkan.Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

Pencegah penyakitBayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

Elak pendarahanApabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yan gmerangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

Kurangkan insulinBerita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

Stabilkan pertumbuhan endometriosisKajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

Lindungi daripada masalah penglihatanSusu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

Bertindak sebagai ubat penenangSusu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

Penahan sakit semulajadiSusu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.

Wednesday

JAGAAN BUAH DADA DAN PUTING

<><><><>

  • Puting yang tenggelam sedikit boleh ditarik keluar perlahan-lahan sekali atau dua kali sehari.

  • Adalah tidak digalakkan penggunaan sabun ke atas puting kerana ini mengeringkan minyak asli yang keluar semasa mengandung.

  • Jika ibu kehendaki, kolustrum yang terdapat dalam buah dada semasa mengandung bolehlah perlahan-lahan 4 minggu yang akhir sebelum bersalin. Pegang buah dada dalam tangan yang meletakkan ibu jari di atas dan jari telunjuk di bawah buah dada di tepi kawasan aereola. Picit ibu jari dan jari telunjuk bersama. Ulangi beberapa kali.

  • Anak baju mestilah dipakai untuk menahan buah dada supaya buah dara tidak mudah kendur atau jatuh.

5 hari pertama penyusuan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, letakkan pada puting susu ibu kerana proses penghisapan akan mempercepatkan dan mempermudahkan pengeluaran air susu. Biasanya pada hari pertama atau hari kedua selepas kelahiran, air susu belum banyak keluar, malah kadang-kadang tidak ada langsung. Saya ingin menegaskan penghisapan putting perlu dilakukan berulang-ulang kali untuk mempercepatkan proses pembentukan air susu.

Pada waktu ini sesetengah wanita mengeluarkan air jernih bukan susu yang digelar colostrums. Ini juga mengandungi khasiat pemakanan yag baik untuk bayi. Pada hari pertama dan berikutnya jika susu ibu tidak mencukupi, bayi boleh diberikan susu botol.

Biasanya susu keluar pada hari kedua atau ketiga, namun demikian ada sesetengah ibu susunya keluar lebih lambat seperti tiga hingga lima hari kemudian. Kelambatan ini tidak perlu dibimbangkan kerana susu pasti akan keluar juga akhirnya.

Bagi ibu yang melahirkan anak sulung, proses penyusuan adalah satu pengalaman baru. Ibu mungkin terasa kekok pada mulanya. Sedutan atau hisapan bayi yang terlalu kuat mungkin menimbulkan rasa sakit. Jika percubaan pertama atau berikutnya masih gagal untuk memberi hisapan yang sepuasnya kepada bayi, kita tidak perlu putus asa dan terus memberhentikan usaha untuk menyusukan bayi. Seperti yang saya nyatakan tadi, jika kita berulang-ulang kali meletakkan bayi pada puting buah dada, dia akan cuba menghisap. Kadangkala bayi berasa hampa dan menangis kerana tidak ada susu yang keluar pada hari pertama dan kedua.

Tuesday

Nursing bra fitting






If you plan to breastfeed your baby, it is very important that you select a high quality supportive nursing bra with a comfortable fit. The best time to purchase a nursing bra is a few weeks before your due date so that your rib and bust size will be close to the same size as they will be following delivery of your baby. Also, you need to be sure to have a few nursing bras on hand for the first few hectic weeks after the baby is born as you certainly will not have the time or energy for a shopping expedition!
 
 
To ensure the best fit, take these measurements at home while wearing a good fitting but unpadded bra:
 
 
 
  • For your Band Size: Measure around your body just under your arms while keeping the tape snug but not tight. If the measurement is an odd number, round up to the next even number. This number is your band size.
 
 
  • For your Cup Size: Measure around your body over the fullest part of your bust. Subtract this measurement from your band size. Each 1" difference represents one cup size. 1"=A Cup, 2"=B Cup, 3"=C Cup, 4" = D Cup, 5" = DD Cup, etc. So, if your band size is 36" and your measurement across the fullest part of your bust is 40", then you would wear a 36D.
 
 
If your current bra you are using for measurements is too small or not very supportive, you many understate your true cup size. There should be no breast tissue beyond the side seam on either side of your bra. Also, there should be not spilling out of the top of your bra, as you would have in a too small or push up bra, as this will also affect your measurements.
 
 
 
For a proper fit, the bra band should be snug and should not ride up on your back as you wear it. Most women's upper bodies do slim down quite a bit following delivery, so make sure that the bra you choose is either adjustable around the rib cage and you are on the last set of hooks, of has a stretchy band which will continue to fit a shrinking rib cage.
 
 
 
When your milk comes in, usually by 3-5 days postpartum, allow some extra room in the cup. You may need to purchase a larger size bra after your milk comes in and you can switch back to a smaller size once your milk supply is regulated and your hormones subside, usually 2-3 months postpartum. Also, your cup size will probably be bigger for those first few days when your milk comes in and subside some in the following weeks. Oftentimes women rotate through several sizes in a nursing bra during the first few months until their size is more stabilized.
 
 
 
Many women ask about wearing underwire nursing bras. Many lactation consultants prefer nursing mothers to wear softcup bras for the early weeks of breastfeeding as your milk supply comes in and your size is changing. Underwire bras, particularly if they are too small or tight, can dig into your breast tissue and clog a milk duct which can lead to mastitis. However, many women prefer the support of an underwire bra, and can comfortably wear one. If you do choose an underwire bar, make sure that the bra fits properly and that the wire is not pressing on any part of your breast.

Persediaan SUSU IBU



Pengenalan Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang
mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis
penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.

Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu,
anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
Kebaikan Untuk bayi :

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
  • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
  • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
  • Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak 

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Sebelum kelahiran
 
• Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan
penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
• Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh
membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang
berhampiran.
• Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi
beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan
rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan
 
• Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah
antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital,
jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan
sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas
kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam
jangkamasa yang lama.
• Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan
bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti
memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa
ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan
jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat
mempercepatkan penghasilan susu ibu.
 
Selepas melahirkan
 
• Menyusu mengikut kehendak.
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan
kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan
susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh
menyusu 8 ke 12 kali sehari.
• Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)

 
design by suckmylolly.com