Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.

(al-Baqarah 2: 233)

Thursday

Kelebihan anak SUSU IBU


Kajian perubatan menunjukkan bahawa wanita yang menyusu badan mengurangkan pendedahan kepada hormon estrogen (endogenous estrogen)oleh itu risiko mendapat barah buah dada adalah kurang. Puan tidak perlu bimbang kerana puan boleh menyusu badan.Jika puan merancang untuk mendapat anak lagi bolehlah menyusu badan tanpa campuran susu formula selama 2 tahun. Bagi bayi yang tidak menyusu badan,mereka tidak mendapat kebaikan susu ibu seperti berikut: 
  • Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak, kebanyakan bayi  menyusu badan IQ tinggi 

  • Susu ibu mengandungi antibodi untuk mencegah penyakit ceret beret dan lelah 

  • Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut tumbesaran bayi, tiada sembelit 

  • Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain 

  • Susu ibu boleh memberi bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan. 

  • Susu ibu mengeratkan hubungan anda dan anak 

0 KOMEN:

 
design by suckmylolly.com